Thursday, October 29, 2015

Pengalaman bersalin di hat mizan

Alhamdulillah..tanggal 19 October 2015..akhirnya aku selamat melahirkan seorang lagi khalifah Allah di muka bumi ini..
Syukur segalanya dipermudahkan Allah..due date sebenar is 28 October 2015..tapi perancangan Allah tak siapa tahu kan??

Isnin..19 Oct 2015
Selepas azan subuh..seperti biasa suamiku bergerak ke tempat kerja..maklumlah,jarak dari klang ke kuala lumpur agak jauh jugak..bertolak lambat pastinya tersekat dalam kesesakkan lalu lintas..
Aku seperti biasa sebaik saja cik suami pergi kerja..aku pun landing2 dulu atas katil sambil belek2 muka puteri sulung kami yang sedang nyenyak tidur..
Nak siap2 ke tempat kerja,masih terlalu awal bagiku kerana jarak perjalanan dari rumah ke tempat kerjaku lebih kurang 15minit sahaja menaiki kereta..
Tambah pulak kalau aku yang drive..10 minit je boleh sampai..hari2 lalu jalan yang sama kot..haha
Lebih kurang jam 6.30am aku mula bersiap2..
Capai tuala nak pergi bersihkan diri..tetiba perasan ade "show".(lendir+darah)

Rileks dulu..terus mandi and solat..
Baring kat sofa sambil pejam mata..
Waktu tu memang tak ade contraction langsung..Kalau ade pun bukan sungguh2 pun..acah2 sakit je..

7.00 am
Capai telefon dan terus call incik suami..
Bagitahu dah turun darah..menggelabah pulak dia..aku pulak naik risau..waktu tu dia baru sampai tempat kerja..terus dia tanya macam mana..kene balik sekarang ke??
Aku cakap balik la..slow2..tak payah rushing coz aku boleh tahan lagi..
Sementara tunggu dia balik aku siapkan barang2 dalam beg(baju aku dan baby memang da prepare dlm kete siap2)
Siapkan barang anak dara siap2..coz tak tahu berapa lama aku dalam wad nanti..
Message kawan2 sekerja n my bos..bagitahu aku take MC hari tu..

8.30am
Incik suami sampai..aku masih ok..cuma contraction datang on off..tapi still boleh tahan..suami siapkan breakfast dulu and paksa aku makan..memang tak daya aku nak telan..gagahkan jugak 2,3 suap..

9.30 am
Kami bergerak ke hospital..tempat suami kerja.dua kali ulang alek la dia pagi ni..
Ape nak buat..huhuhu
Dalam kereta mula rasa contraction lagi..tapi masih tak kuat sangat..
Pagi2 memang jem giler jalan..semput aku tengok..
Aku baring je sambil cuba lelapkan mata..
Incik suami genggam tangan kuat2 sambil suruh aku bersabar..dah nak sampai katanya..
Macam la aku tak pernah pergi hospital..dah berapa kali check up mestila aku tahu berapa lama lagi nak sampai.tapi tak apelah...aku tahu dia cuba nak sedapkan hati aku..5 minit sekali dia tanya adakah aku ok?masih boleh tahan ke?
Alahai incik suami..

10.30am
Kami sampai ke hospital angkatan tentera tuanku mizan (hat mizan).incik suami terus parking depan emergency department..dia tanya boleh jalan tak?sambil bagitahu nak ambil wheelchair..
Aku cakap tak payah..aku kuat lagi nak jalan..kitorang pun masuk kat emergency tu..anak dara mengekor dari belakang..budak ni memang tak banyak songeh kalau bab jalan ni.
Sementara suami berurusan kt kaunter aku duduk dulu..sambil MA (medical assistant) check blood presure..segan pulak aku dibuatnya coz sume tu geng member2 incik suami..

11am
Aku dibawa ke labour room..kat sana diorang buat VE (vaginal examination) and check contraction.
Bukaan 1cm tapi contraction slow..so diorang discharged aku dengan MC 2 hari..

11.45am
Lepas keluar dari labour room..contraction memang agak kuat..aku memang dah agak dari awal..macam anak pertama dulu lepas je buat VE os mesti bukak cepat..so aku and suami serta anak dara pergi lunch area dekat hospital jugak..makan nasi ayam pun tak habis coz contraction makin kuat..

12.30pm
Incik suami bawa aku ke rumah kakak kat kem wardieburn..dekat je dengan hospital..
Start pukul 1pm contraction makin menggila..waktu tu aku memang kepit jam je celah jari..senang nak time contraction sendiri..
Mula2 15minit sekali sakit kuat datang..start pukul 2pm contraction setiap 10 minit..
Pkul 3.30 suami minta ke hospital settlekan keje..aku cakap ok..
Anything terus call katenye..aku ok aje coz dekat je pun..

4.30pm
Contraction yg tak mampu lagi aku tahan..terus whatssap suami..10 minit kemudian incik suami dah terpacak kat depan pintu bilik..
Dia minta nak solat asar dulu sambil aku siap2 pakai tudung..
Pesan kat anak dara duduk baik2..main elok2 dengan sepupu..mama and papa pergi hospital..mujur dia ok..

5.00 pm
Sampai kat depan emergency hospital hat mizan..again..repeat benda yang sama..daftar and ambil observation..5 minit kemudian aku ditolak ke labour room dengan wheelchair..
Kebetulan di labour room kawan2 incik suami pulak kerja syift tu..diorang pun check time contraction dan buat VE lagi sekali..
Kata nurse os dah 5cm..so aku ditolak ke bilik labour(sebelah je pun)
Selepas tukar pakaian aku baring atas katil..cik misi ade 4 orang time tu..sume muka manis2..comey2..hehe
Yang penting aku sorang je patient dalam labour room tu..so semua memberi perhatian kat aku jela..
Standard la..sebabnya hospital nie memang tak terima orang awam..kecuali staf tentera and mindef aje..
Start aku baring tu incik suami memang sentiasa kat sebelah..
Nurse comey tadi datang dan pasang branula dan masukkan drip..nurse lagi sorang pulak pasangkan CTG kat perut..
Contraction memang kuat..tak tertahan rasanya sampai aku menggigit2 bantal..huhuhu

6.30pm
Suami bacakan doa dan mengusap2 ubun2ku..dia menyuruh aku berselawat sambil banyakkan bersabar..setiap kali contraction datang..aku disuruh menarik nafas panjang dan hembus untuk kurangkan sakit..

6.50pm
Alhamdulillah..sebaik melahirkan baby..terus nurse2 comey letakkan si kecik atas perutku..(skin to skin contact)
Nurse comey pun tanya ape jantina baby?
Alhamdulillah..baby boy..
Terkejut aku bila misi timbang baby cakap beratnya 3.09kg..estimated 2.6kg aje..
Tapi tak apelah..yang penting my baby sihat dan sempurna..syukur alhamdulillah..
Cik suami nampak happy sangat..niat dia nak tengok wife dia deliver baby tercapai..coz first baby dulu bersalin kat pusat perubatan universiti malaya(PPUM)
Kat sana pulak xde husband friendly..so tak boleh temankan wife kat labour room.

Ok..nak cerita..nurse2 kat labour room nie baik sangat..so friendly..time deliver baby diorang yang conduct..so expert..
Tapi da lupa pulak nama nurse2 comey tu..btw dari lubuk hati yang paling dalam..saya nak ucap terima kasih bebanyak kat misi2 comey yang membantu saya sepanjang proses labour..tq so much..

Begitu juga para doktor dan misi2 kat anc and post wad..sangat baik..tq all..
Kepada yang masih tercari2 tempat nak deliver baby..hat mizan is suggested..
Bagi yang berkenaan je la..nak buat macam mana setakat ni belum buka pada awam..

Heeee

1 comment: